Blog ini diwujudkan di atas kesedaran penulis, yang juga
seorang petani, bahawa meskipun sudah terdapat pelbagai maklumat tersedia di
alam maya, sebahagian petani kita mempunyai kekangan bahasa untuk memahami dan
memanfaatkannya. Juga diharapkan, sumbangan kecil ini dalam menterjemahkan pelbagai
artikel dari internet dapat membantu memartabatkan Bahasa Melayu di dalam
bidang ilmu pengetahuan.
Sebarang pertanyaan dan sumbangan amat lah dialu-alukan.
Untuk artikel pertama ini, penulis ingin menarik perhatian
pembaca tentang penggunaan Peat Moss di dalam aktiviti tanaman.
Bahan yang dinamakan sebagai peat moss ini selalu digunakan dalam pertanian komersial mahupun
hobi. Kebiasaanya di Malaysia, peat moss
digunakan sebagai medium awal untuk percambahan biji benih.
Peat moss boleh diterjemahkan sebagai: gambut (peat) dan lumut (moss). Namun untuk mengelakkan kekeliruan, perkataan peat moss akan dikekalkan kerana terma
itu lebih sedia maklum dikalangan para petani dan pembekal di Malaysia.
Hasil nukilan dari laman sesawang Gardening Know How dipilih untuk terjemahan
kali ini, kerana ianya menyentuh secara menyeluruh berkenaan sumber asal peat moss, kaedah penggunaannya dan
kritikan terhadap kesannya kepada alam semula jadi.
...
Apakah itu Peat Moss?

Lumut yang dipanggil Sphagnum Moss ini menghasilkan Peat Moss.
Sumber foto: http://www.newtonsapple.org.uk
Peat moss adalah
satu bahan yang mempunyai kelebihan unik untuk menyerap air secara sekata dan
juga mengekang bahan nutrient mengalir keluar dari medium. Sifat peat moss ini telah membantu
meningkatkan mutu kaedah tanaman sejak ianya mula digunakan pada pertengahan
abad ke-20.
Peat moss terhasil
daripada lumut dan bahan organik lain yang telah terkompos di dalam peat bogs (tanah gambut). Terdapat
perbezaan dari segi mekanisma pengkomposan diantara peat moss dan bahan kompos yang biasanya dihasilkan sendiri oleh
petani. Peat moss adalah hasil penguraian
bahan organik terutamanya lumut yang telah mati, tanpa kehadiran udara. Proses
ini berlaku dengan perlahan, dan ianya mengambil masa ribuan tahun hanya untuk
menhasilkan beberapa milimeter lapisan bahan ini. Oleh kerana itu, peat moss dianggap sebagai satu sumber
yang tidak boleh diperbaharui.
(Nota: Kebanyakan media peat
moss yang boleh didapati di pasaran Malaysia adalah diimport dari
negara-negara Eropah terutamanya Belanda.)
Pengumpulan peat moss untuk aktiviti komersil telah dikritik,
kerana walaupun pengekstrakannya telah dihadkan untuk 0.02 persen sahaja daripada
tanah rizab seperti di negara Kanada, gerakan seperti International Peat
Society telah mengetengahkan kesannya terhadap jumlah karbon dioksida yang
dilepaskan ke atmosfera, lalu menyumbang kepada isu pemanasan cuaca global
(yakni kesan rumah hijau).
Penggunaan Peat Moss
Peat moss digunakan sebagai medium di dalam bekas semaian.
Sumber photo: http://ebuletin.mardi.gov.my
Petani biasanya menggunakan peat moss sebagai media didalam
bekas tanaman, atau juga untuk tujuan penambahbaikan
kualiti dan struktur tanah. Peat moss
adalah bersifat asid, berbanding baja kompos yang lebih bersifat alkali. Maka
pemilihan di antara dua bahan ini boleh disesuaikan dengan sifat pokok yang
hendak ditanam. Perbezaan lain yang boleh dipertimbangkan dalam pemilihan dia
antara dua media ini; peat moss tidak
mengandungi sebarang mikroorganisma berbahaya dan juga benih rumput berbanding
baja kompos yang tidak diproses dan dirawat dengan baik.
Di dalam kaedah pertanian moden, peat moss digunakan sebagai medium penting untuk peringkat awal
percambahan biji benih tanaman kerana sifatnya yang unik. Bahan ini boleh
menyerap air beberapa kali ganda beratnya sendiri. Kelembapan media ini akan
memastikan perkembangan akar yang baik kerana mendapat bekalan air yang
secukupnya. Selain daripada itu, peat
moss sangat efektif dalam mengikat nutrient ke dalam teksturnya, lalu
memastikan nutrient yang ada tidak mengalir keluar dari bekas tanaman setiap
kali ianya disiram dengan air.
Konklusi
Peat moss mempunyai keunikan yang dapat memberikan kesan
positif terhadap perkembangan tanaman. Walaubagaimanapun, kerana kesannya untuk
jangka masa panjang terhadap alam sekitar, adalah diharapkan petani
menggunakannya secara berhemah dan mengamalkan displin pertanian yang efektif.
Nota kaki:
Struktur artikel diatas adalah hasil terjemahan artikel Peat Moss and Gardening
hasil nukilan Jackie Carroll. Terdapat beberapa pengubahsuaian bagi
memadankannya dengan konteks petani di Malaysia.
Moga pembaca sekalian mendapat manfaat.
Best ever seen.
ReplyDeletenak tanya kalau nak semai biji benih pokok honeydew sesuai ke guna peatmoss ni?
ReplyDeleteboleh saya tahu.. mekasih
Delete